6.05.2016

Geneva - Evian - Paris - Geneva : Part 2

Assalamualaikum and hye guys ^^


So, sambung cerita dari Part 1 landed dekat Dubai airport pepagi buta, and tersangatlah jakun.. like seriously, how on earth nak survive sini sorang2 for few hours. Owh, by the way, before this whole journey, i did a very deep research on everything for almost a month. Dan seriously, berbaloi buat research ni sebab kau akan dapat tau benda yang orang lain tak tau. For example, I'm not sure with other flights but kalau naik Emirates, and transit dekat Dubai more than 3 @ 4 hours kot, korang akan dapat food voucher waktu korang nak naik flight dekat KLIA tu. Rupa voucher tu lebih kurang tiket flight, so jangan hilangkan. And atas food voucher tu pun ada list restaurants or cafes yang boleh guna food voucher ni. So, pandai2 la korang pilih. Kalau transit lagi lama, boleh dapat lebih kot. 

Satu lagi, Dubai Airport is tooooo big. Korang keluar je dari flight akan ada dua gate, satu yang nak keluar, satu untuk transit. And tempat transit di soooo besar. Ada 3 terminals, each terminal sangatlah besar. So, kalau turun flight dekat terminal 1 and your next flight dekat terminal 3, please pandai2 urus masa. Sangat jauh k, tu tak termasuk korang sesat2 lagi. Macam aku hari tu, sebab transit more than 4 hours, first thing aku buat, pegi check departure gate untuk next flight. Tengok jauh ke tak. At least kau dapat bajet brapa lama ambik masa nak ke gate tu. Dah settle tengok gate, baru aku pi cari tempat makanan guna voucher tu.


Ni example meal voucher. So ada banyak kan tempat korang boleh pilih. Tapi, macam yang aku terang tadi, Dubai airport ada 3 terminals. Ada terminal A, B and C. kalau nampak dalam tiket meal voucher tu pun dia dah tulis siap2 kedai tu dekat terminal mana. Here's the trick, kalau flight korang lambat lagi, boleh lah pilih tempat makan jauh sikit. Sebab tu waktu aku sampai tadi, aku terus tengok gate departure untuk next flight, so boleh agak jauh mana nak pi gate tu. 

Disebabkan aku ada few hours lagi before flight, and ada satu je voucher, kalau aku masuk any cafe or takat McD macam tak berbaloi sebab nak lepak lama. So, thanks to research yang buat awal2 before pegi, aku tau pasal tempat buffet, nama dia The Mezzanine, tapi dekat terminal A. Gate aku nak berlepas dekat Gate C, bapak jauh. Tapi berbaloi sebab kau boleh stay lama2, makan la apa korang nak, and paling best tempat dia tersorok sikit, so tak ramai orang tau. Masa aku pi pun, memang x de orang sangat. So selesa gila.


See, tak de orang pun kan.. sebab tempat dia memang tersorok. Kalau tak silap aku, korang cari tempat duty free yang area perfume, then ada satu lift macam tersorok sikit, korang naik tingkat dua, lepas tu lift tu bukak je, nampak restaurant macam fancy sikit kan, don't worry, tunjuk je voucher. Dia punya waiters memang friendly gila. Nampak aku ala2 maid pun, diorang layan baik sangat. Siap tanya lagi aku nak apa2 dulu tak sementara diorang set up tempat buffet tu. Plus, tempat buffet tu sediakan makanan international, so ada american breakfast, french breakfast, indian food, chinese food, Malaysia food pun ada.

 Lol, aku tengok nasi goreng and mee goreng terus  x de selera. lol, jauh2 terbang sampai dubai, dan kau masihlah nak cari mee goreng. Maka, syera pun makan lah french breakfast, ambik mood nak pegi France.. gituuuu. hahaha. Tapi serious, tempat dia selesa, ada meja sebelah aku ada family caucasian 4 orang, diorang ajak aku makan skali sebab nampak aku sorang2 kan.. tapi sebab aku nak blah naik flight dah, aku tolak baik2. Yang penting, korang kena cari tempat ni elok2. Kalau tak jumpa, sampai area perfume tu, cari info centre, mmg banyak kaunter pertanyaan kat situ, then tanya je restaurant tu kat mana, nanti dia tunjuk ada lift kat corner tu. Satu lagi tips, sampai je kat airport tu, ambik siap2 maps dia, ada 3 untuk stiap terminal. Memang dia punya signboard banyak, but at least, korang ada rough idea korang kat mana and where u want to go. Maybe aku ni jenis perempuan adventurous sikit, bukan la jenis tak takut langsung, of course aku takut, beg memang aku pegang elok2, cuma aku jenis main redah and try my best first untuk cari tempat tu, kalau tak boleh langsung baru aku tanya orang. But if korang jenis tak berani and tak tau nak agak masa nak masuk flight, aku recommend korang stay je kat terminal korang, and cari tempat makan terdekat, elak dari sesat okay. 

Satu lagi, Dubai Airport sangat cantik, sangat selesa. Tempat duduk ada merata-rata, siap boleh baring2 lagi, toilet and surau pun banyak, sangat selesa. Coffee machine pun ada. Ok, settle bab Dubai, then, naik flight ke Geneva. So, here's the thing, waktu tunggu gate bukak, tempat tunggu tu dipenuhi orang2 bermata biru dan rambut blonde sahaja. I'm the only one with different skin tone and wearing head scarf. Plus, orang keliling pakai baju ala-ala corporate, and here I am like a walking potato. Lupa langsung yang aku nak ke Geneva, tempat all kind of elite people. So, orang pandang aku atas bawah atas bawah je. Maybe takut aku terrorist ke apa. But ada gak few of them yang so sweet, tanya aku nak ke mana, tolong tengok kan ticket and impressed that I'm joining a competition. And luckily enough ada sorang FA dia is a Muslim man, so he took extra care towards me la kot. Hahaha...


Waktu dalam flight, semua usha aku pelik, even all anak Mat salleh yang lalu, akan berenti dekat my seat and just merenung macam nampak alien. Lol, aku just senyum, at least those kids senyum back at me. But their parents, pull their hands away from my seat like as if i'm a dangerous animal. Even waktu aku makan chocolate, there's this one very cute lil boy stop at my seat, i offered him a chocolate, out of no where his parents shouted at that lil boy, asking him to toss away the choc. As if I'm giving that precious lil boy a poisonous thing. Terasa sungguh aku, but then, i just smile. Aku buka pembalut coklat, terus masuk that chocolate into my mouth and said 'it's just a chocolate' and i smiled. The FA came to me and say sorry. It's not even her fault. And that kind of situation occurred few time during the whole journey. But thank god, makanan emirates sedap, and banyak movie best, so aku pekakkan telinga and just enjoy the rest of the flight.


Dulang-dulang lah aku makan... hahahaha

Dah sampai dekat Geneva, turun je flight, kemain sejuk dia.. orang lain punya la berjaket-jaket lah.. Yang aku, acah2 macam dari kutub, kulit tebal x rasa apa. Benda menggeletar kemain. Lalu immigration dia, nasib dari Malaysia, dia nampak je Passport Malaysia, terus dia lepaskan tak tanya apa pun. Aku plak yang terpinga-pinga sebab orang depan aku tadi dari flight lain, ala2 orang arab camtu, kemain dia tanya macam-macam. Yang aku, dia cop je, siap senyum lagi, dia kata 'Bonjour, (ok, my first bonjour ever), so aku pun 'bonjour'kan balik.. hahaha.

Then, ni satu lagi tips, dekat geneva, sampai je airport, korang boleh nampak ada machine yang bagi korang transportation pass, boleh naik any public transportation for free for 40 mins if i'm not mistaken. So, sempatlah nak guna pegi hotel naik bas and tram dia. 



kalau agak2 lapar, korang boleh je beli roti2 dulu dalam airport tu. ada je. Then naik bas dia, kalau bawak luggage bapak besar macam aku, hati2 sikit sebab tinggi sikit bas dia. Then kitorang naik bas and tram and bas, tak sure brapa kali tukar bas, then sampai lah area hostel kitorang stay untuk 1 malam, before esoknya btolak ke Evian. 


Ni hah tempat kitorang stay, Geneva Hostel. Tempat dia so aman damai. Memang selamat sebab bertentangan dengan hostel ni ada balai polis kecik kalau tak silap. Banyak student yang stay kat sini sebab trip. And if you are travelling alone, or with your friends, especially yang perempuan, tempat dia selamat wei. Nak masuk bilik guna korang punya individual key card, nak bukak locker pun sama, nak buka pintu toilet pun sama. So, dari segi safety, memang selamat. Toilet and bedroom pun bersih. Kitorang sampai macam tengahhari camtu, kitorang rehat jap, then baru ronda-ronda tengok luar and cari dinner. Satu lagi, fyi, dekat geneva ni, kalau korang stay satu malam, korang akan dapat transportation pass for 24 hours for free.. so kalau sesat ke apa, no problem sebab korang boleh naik any bus or tram sepanjang hari sampai korang jumpa asal usul korang k.


Petang tu, gigih je kitorang jalan-jalan cari taman, lalu tasik geneva semua.. Geneva ni so aman damai. Dia tak bising-bising macam KL ke apa. Even Bangi lagi bising kot. Then kat sini kau rasa macam masa blalu so slow, relax je. Sebab tu aku suka gila Geneva. But untuk orang yang suka bising-bising, korang so akan rimas duduk kat Geneva ni.



Then, kitorang try cari dinner. Pegi dekat are Gare Cornavin, dia punya Stesyen KeretaApi yang Main, macam tengah-tengah Geneva tu, area tu macam meriah sikit, banyak kedai makanan Arab, kitorang pun masuk je kedai mana kitorang jumpa. This one kedai, dekat2 starbucks kalau tak silap, ramai gak customer dia. Sebelah meja kitorang ada budak2 Indonesia, maybe anak2 duta kot. Satu je aku nak ingatkan, kat geneva ni, makanan arab dia portion so besar, boleh kongsi dua orang kalau perempuan. kalau makan sorang2, nasi boleh habis, but ayam dia bagi bapak banyak, boleh bungkus ok. And waktu aku dekat Geneva, Evian dengan Paris, aku tak tau kenapa aku kemaruk sangat minum epal juice. So, satu kemestian untuk syera cari 'pomme juice'. Before kitorang balik hostel, sempat singgah starbucks untuk study sat. Waktu tu la aku baru perasan yang orang-orang Geneva ni semuanya perform. Lagi2 yang lelaki. Semua handsome2 wei. Even yang barista Starbucks dengan yang sapu sampah tepi jalan pun handsome. Hahaha... anyway, thats all for now, sambung Part 3 kemudian. 


The one who miss Geneva most,
Syera.






No comments:

Post a Comment

A much needed rant : 28th April 2021

*Disclaimer: This post was written on 28th April 2021. 2.10 am. Few months before turning 26 y.o. I'm not sure when I'll publish thi...