11.25.2014

Pengajaran

Assalamualaikum and hi! ^^


So..... I'm busy... very busy... 

somehow, I stop for a while to write this thing...

Just now, i came across a story in FB (yeah, FB have everything rn.. like EVERYTHING!!).
It's about a student who are in a restaurant, doing his/her assignment... i share the link below... just click it, and yeah, reflect yourself...




and oh, to akak empunya story, sorry tak mintak kebenaran dulu, but seriously niat saya baik... thanks for the sharing tho..


Sad kan... yup, really sad actually.. I cried, badly..
terkedu sekejap.. then, suddenly I remembered something that happened to ME.. 

Few weeks back, I went somewhere, can't remember tho, Midvalley maybe...
So, on my way back to UKM, after reaching KTM Bangi station, I decided to take a cab.
Seorang pakcik, mungkin tua sedikit dari ayah saya, pelawa saya masuk dalam teksinya..
Lumrah seorang perempuan, sedikit rasa was2.. 
Teksi mula bergerak, beliau (ya, saya guna 'beliau' sebab pakcik tersebut layak mendapat penghormatan tersebut), tanya pada saya, "Anak kolej mana?"
"Kolej Zaba, pakcik." dan sebagai seorang Syahirah, yang sangat awkward dgn org x dikenali, aku terus snyap..
"Jauh kolej awak ni nak.. jarang2 pakcik hantar orang kat kolej tu.." kemudian beliau capai sepeket kacang dan mula mengunyah. Dipelawa saya makan, namun saya tolak dengan baik..
Sejujurnya, saya masih was2... dalam dunia moden ni, mcm2 cerita saya pernah dengar, cuma terlalu berhati-hati..
Tersenyum pakcik tu.. " Nak, kacang ni pakcik beli dekat pusaneka td.. pakcik x buat pape."
Saya tersenyum dengan penjelasan pakcik tu... sedikit rasa bersalah.. Ya Allah, mungkin pakcik ni dah terasa hati dengan saya..
Beliau memandu agak perlahan buatkan saya mula rasa geram.. mula tengok jam..
Sekali lagi pakcik tu senyum.. "Nak, sekarang ni orang bawak kereta laju2.. bahaya.. takpa lambat sedikit, asal awak selamat, pakcik selamat, orang dekat luar pun selamat."
Sekali lagi aku tersentak.. direct menusuk hati...
"Awak belajar kursus apa? jadi student mesti penat kan.. banyak kerja kena buat..."

Apa yang jadi selepas ni, mohon kawan2 ambik pengajaran... 
"Saya belajar undang-undang pakcik" 
Tersenyum pakcik tu.. "wahhh, bagusnya... Alhamdulillah, merasa pakcik jadi driver sorang bakal peguam.. macam mana belajar?"

Sejujurnya, aku sedikit bangga waktu itu.. ya, aku belajar undang-undang, terlupa seketika, aku hanya seorang pelajar, dan lebih memalukan, aku hanyalah pelajar tahun 1.. entah kenapa, terdetik rasa bangga diri.. 
" Alhamdullilah pakcik, setakat ni ok lagi.. biasalah mula2 belajar, rasa susah.. tapi insyaAllah, lama2 ok la kot" 

"Belajar rajin2 ya nak.. insyaAllah, pakcik doa kamu jadi lawyer.. nanti dah berjaya, tolong masyarakat ye.." kata pakcik tu..
"ya pakcik.. insyaAllah.. doakan ya.." dan ya, dalam hati, aku masih terasa bangga diri..

ok guys, this is the amazing part....

"Nak, anak pakcik pun peguam jugak.. Alhamdulillah, berjaya dah dia sekarang.. dulu pakcik tengok waktu zaman dia student, dia slalu busy.. sekarang dia dah kerja, lagi busy"... terkedu aku..

"Tapi pakcik bersyukur, anak pakcik dah berjaya.. sebagai anak melayu, dan sebagai seorang perempuan, dia dah jadi seorang peguam, dia dah ada firma sendiri, dia dah beli rumah sendiri dekat setengah juta harga dia... walaupun dia ada suami, dia kumpul duit sendiri, beli rumah.. kata anak pakcik, bekalan untuk anak.. Pakcik bukan nak bangga diri, pakcik cuma nak anak tau, yang kita Melayu dan anak sebagai orang perempuan, boleh berjaya... lagi berjaya dari anak pakcik pun boleh.."

Terkedu.. terkejut.. tergamam...
Ya Allah, berdosa aku bangga diri tadi.. berdosa aku prejudis dekat seorang lelaki.. berdosa aku prejudis dekat seorang pemandu teksi.. Pakcik ini, boleh je duduk di rumah mewah anak beliau, luang masa dengan family, tapi dia pilih untuk bawak teksi..

Sedar2 dah mula naik bukit belakang zaba dah... Pakcik tanya lagi..
"Anak dah ada boyfriend?"
kemain pakcik ni... tanya sampai ada boyfriend bagai...hahaha
"Belum lagi pakcik.. saya ni tak la lawa.. x de sapa nak gamaknya... lagipun skrg ni busy, kalau ada boyfriend, confirm2 boyfriend pun lari" 

Jawapan pakcik tu mmg best betul...

"Takpa nak.. insyaAllah, nanti ada la tu... awak tu jangan jual mahal.. sekarang ni, nak cari yang elok tu susah. tapi pakcik tau dlm UKM ni banyak yang berkualiti tinggi" tergelak aku dengar kata pakcik tu.. sungguh, tak sangka langsung pakcik tu jawab camtu...

"Cuma nak, jangan kahwin dengan laywer jugak.. payah nak.. nanti gaduh tak tau mcm mana nak habis...pakcik tau la, anak pakcik tu kawin dengan lawyer jugak.. pening anak2 bila dorang gaduh..tapi takpa, gaduh2 pun nak makan, nak tido cari juga.. elok ja hidup" yang ni aku gelak lebih..lol.

sampai depan blok...
" Pakcik, terima kasih banyak2.. doakan saya berjaya dunia akhirat.." sungguh, pakcik ni banyak ajar aku.. yang paling penting, jawapan pakcik tu buat aku nangis bila aku smpai bilik..

"Nak, pakcik doakan kamu berjaya.. cuma satu je pakcik pesan... kamu sibuk mana pun sekarang ni dan bila kamu dah sibuk waktu kerja nanti, jangan lupa mak ayah ya.. " Pakcik tu senyum and pergi..

yup.. itu pengajaran paling penting... dalam hidup ni, sehebat mana pun kita, sekaya mana pun kita, jangan lupa 3 insan ni... Mak, Ayah, Cikgu...

saya mohon, ambik iktibar dari pengalaman saya.. sekadar perkongsian.. 
moga2 pakcik tu dirahmati Allah sentiasa.. 





tu je prkongsian untuk kali ini.. wallahualam..


XOXO,
saya.

No comments:

Post a Comment

A much needed rant : 28th April 2021

*Disclaimer: This post was written on 28th April 2021. 2.10 am. Few months before turning 26 y.o. I'm not sure when I'll publish thi...